Sabtu, 8 Disember 2012

semua dah berubah :'(

assalamualaikum reader and haters :)
dah lama aku tak update blog ni . dah berhabuk aku tengok . sampai lupa nak edit blog camna . ahaha hmmm btw , sepanjang aku tak update ni , banyak betul benda dah berubah dalam hidup aku . dari seorang pelajar kolej aku kenal alam pekerjaan . actually , aku dah tak belajar kat melaka lagi . sebab result sem 1 aku yang sangat teruk . honestly , aku dah disappointedkan family aku , and also myself ! yeah , aku sangat sedih sebab kena tinggalkan segala-galanya kat melaka . kawan kawan yang baik , kerja . ya allah ! mulamula memang aku down sangat , rasa macam dugaan ni terlalu berat untuk aku . sayangnya aku nak tinggalkan muka muka ni :'(
aku , ika dan nissa :'( 


warga housemate baru A-1-6 :'( 


tak dapat masuk makmal lagi :'( 

hmmm , life must go on right ? even berat dugaan camna sekali pun , aku kena lalui untuk masa depan aku . melangkah pergi dari kolej tu , mmg mengambil seluruh kekuatan yang aku ade . aku kena tinggalkan org yg aku sayang iaitu kawan kawan aku . bila aku dah dapat result tu , aku terus down sangat , aku nak out dari sini ! aku taknak teruskan farmasi , even kawan kawan aku semua bagi aku semangat , dia org cakap aku boleh buat tapi entah kenapa hati aku menafikannya . aku keliru buntu semuanya bermain dalam fikiran aku waktu tuh ! dalam sekelip mata , hidup aku jadi tak tentu arah . hmmm zulikha arshad . this one girl 


yang mengalami apa aku alami, merasai apa yang aku rasai , memahami apa yg aku lalui . hanya dia . dia sama sama dengan aku saat aku down , dia ade kat sisi aku , dia yang banyak bagi aku semangat . dia kuat , sebab tu aku kuat :) bila dia ambil keputusan nak out , kaki aku betul betul rasa lemah . aku pun ambil decision nak out juga . secara officialnya , 23 november aku tinggalkan melaka . aku out dari kolej tu . aku rasa bersalah sgt dengan idayu and aimeen . sebab tinggalkan dia org tapi percayalah one day dia org akan faham kenapa aku harus pergi . aku minta maaf . bukan senang nak lupakan apa yang terjadi . apa yang pernah dilalui bersama . kenangan kite org sentiase bermain diminda, mata aku . rindu kat dia org hari hari aku rasa . bkan setakat tu je dugaan aku . orang yang selama ni aku yakin akan selalu ada untuk aku , pergi tinggalkan aku . lagi sekali aku terluka . serius . sakit sangat rasanya . saat aku dah mula sayang , cinta , dia pergi macam tu je . 

aku belajar banyak benda dalam hidup aku . kekuatan . itu yang paling aku pelajari . and aku tahu aku kuat :) 
and now , aku sambung belajar kat KL , windfield international college . here my place now :) 

semoga kat sini tempat terakhir sampai aku gruate , aminnn
:) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan