Jumaat, 18 Oktober 2013

Semester Break

Aku rasa terpanggil utk menulis hari ni sebab hari ni dah genap seminggu hari bosan gua. Cuti sem yang panjang macam ni gua boleh duduk goyang kaki makan tidur je kat rumah k. Like seriously, bosan! Cuti pepanjang pun tak bagus juga ah aku rasa. Sebab student tak buat apa apa duduk rumah. Lain lah kalau rumah tengah Bandar dapat jugak kerja part time kepe. Haishhh .  tapi tapi nasib baik ada jugak benda yang aku buat cuti sem ni. amik lesen kereta ! yeahhh ! benda yang dah lama aku idamkan utk dapat. and now dapat yeyyyy happy me XD k gedik nau kau janah -,-'' 
even pada mulanya abah mmg menentang keras aku nak amik lesen ni, dia suruh aku habis belajar dulu fikir belajar dulu tapi jenis aku sekali org dah janji aku tuntut. Ibu lah kena pujuk abah , sebab dia yang janji dgn aku. And alstly, abah okay. so officallynya semalam ibu and abah bawa aku p daftar.  wahahaha 
kat dalam fikiran aku ni satu je lepas ni senanglah nak gerak memana dah tak payah nak harapkan org bawa. dah boleh drive sendiri, dah boleh jenjalan dgn bebudak ni. hahahahah k 
even takde kereta sendiri, takpa yang penting dah ada lesen dah boleh gerak p memana :) 
kalau turun JB tu dah boleh drive sendiri pergi jumpa shasha, uda and mira :) lepas ni juga aku dah boleh drive bawa akak , bawa fisha and ayuni hahahah 
okay, nak hidup kan kena fikir masa depan. now, target aku lepas je habis and dah dapat lesen aku nak kerja part time. dah tiba masanya kot aku cari duit sendiri nak tanggung makan minum kat kolej tu. nak harapkan ibu abah kesian dia org pun susah payah nak bagi aku duit makan kat sana. 
no matter what happen after this, aku kena kerja. susah macam mana pun kerja. dah tak peduli lah. tempat kerja dah dapat tinggal nak minta je. harap dapatlah nanti :) aminnnnn 
kerja hujung minggu penat atau tak belakang kira, yang penting dapat duit :) taknak dah rasanya kena call ibu setiap minggu semata mata nak minta duit. sepanjang aku cuti sem ni, setiap kali aku bangun subuh pukul 6, aku salu nampak abah tgah buat breakfast sendiri nak pergi menoreh. dgn kaki dia yang sakit tu. dengan banyak benda dia org berdua nak kena fikir. ingat jadi anak last ni senang? dah cukup lah kot rasanya selama ni aku beban ibu dgn abah. biarlah lepas ni aku dapatkan duit sendiri utk makan kat sini sekurang kurangnya mampu bantu dia org kan :) 
janah dah besar janah okay. janah boleh buat semua sendiri :) TRUST MY OWN SELF :) 
nak harap kan adik beradik? alaa lupakan jelah okay. they have they own life to do. MAAF, bukan jenis aku yang meminta pada abang kakak ok . susah aku biar aku susah sendiri, aku taknak minta dia org. bukan sombong atau apa tapi selagi aku mampu buat sendiri better aku buat sendiri kan? 
semuanya sendiri :) 


okaylah next time story lagi :* 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan